SEmalam yanG paNjang

Semalam ada makan-makan ngan kawan-kawan dari UiTM,UPM dan UIAM.Bincang tentang program kolaborasi antara sesama sendiri berkenaan kebebasan media. Saya hadir atas ajakan Abg Azlan. Tidak di nafikan Abg Azlan seorang yang agak cool dan hobinya ialah melancong ke Sabah. Tapi agak malang saya masih gagal turt serta melakukan hobi yang sama atas kekangan kewangan dan faktor umur (saya lagi muda dari Abg Azlan~hahaha)

Setelah berbincang selama 2 jam di Restoran Rebung Bangsar, kemudian kami sambung borak di hadapan kedai (kerana kedai dah tutup) dan kemudian sambung minum di Selera Bangsar sehingga jam 130am...

Kepada sesiapa yang meminati untuk mencari tempat2 makan yang menarik, Restoran Rebung merupakan salah satu destinasi yang agakmenarik. Disamping makanan yang sedap(faktor makan secara percuma tidak pernah mempengaruhi dan merasuah deria rasa saya) jika bernasib baik, anda akan dapar bertemu Chef Ismail sendiri atau selebriti-selebriti lain....

Setelah selesai, kami terus pulang kedestinasi masing-masing...

Terima Kasih kepada Datuk Khairun untuk makan malam yang sangat best dan juga segala ilmu yang ditunjuk ajar....Yeah!!!

~akU puNya CeriTa~

0 comments:

Post a Comment