c i n t a ?

Apa itu cinta? Cinta adalah satu benda yg sgt subjektif utk di bicarakan. Perasaan di dalam hati seseorg yg kemungkinan besar tidak disedari oleh tuan empunya diri sendiri..apatah lg org di sekeliling..cinta boleh menjadi kata nama, kata kerja, adjektif, dan mcm2 lagi. Walau apa pun, cinta adalah anugerah dari tuhan yg amat besar kpd seluruh makhluk di dunia ini..ada jugak org yg mencintai objek dan material..terpulang kpd individu untuk menilai erti cinta…perasaan yg membuak2, berbunga2, cemburu, ambil berat, berdebar2, rindu, sayang….

Apa itu sayang? Sesuatu yg berkait rapat dgn cinta..bila seseorg mencintai..samada insan, makhluk lain ataupun objek..perasaan cinta akn di ikuti oleh sayang.. mcm mane perasaan cinta dan syg ini di luahkan dan d kongsi? Melalui2 bait2 puisi atau lagu2 yg di ciptakn oleh pujangga? Cereka2 yg d tayangkan di layar? Hubungan fizikal antara kelompok insan2 yg mengakui sdg d lamun cinta? Sentuhan? Perhubungan hati?

Bagaimana mangsa cinta membezakan antara cinta, sayang dan nafsu.. dan apa itu suka? Peringkat pertama untuk bercinta? Perbezaan besar antara suka dan cinta…apa dia? Semua org di dunia pasti pernah merasai cinta dan kasih sayang..tapi knpa ia sgt sukar untuk di luahkan…di ungkapkan…dan paling sukar untuk d jelaskan.. Persoalan yg sering bermain didlm minda pemangsa dan mangsa cinta adalh adakah ini cinta yg muktamad?perhubungan berkekalan?atau sementara? Rela? Terpaksa atau di paksa?

Di dalam percintaan pasti ada gelak ketawa dan juga tangisan. Dua benda yg berlawanan di dalam satu masa. Tak mustahil dalam bercinta. Adakah cinta harus timbul serta merta atau di pupuk dan disemai dari biji benih sehingga lah ia tumbuh membesar menjadi bunga yg kembang mekar, pokok yg merimbun dgn buah2…dan lma kelamaan bunga akn layu..pokok akn berhenti berbuah dan mati menjadi kayu kayan yg reput dan di tumbuhi kulat2 parasit… selama mana perhubungan boleh bertahan?

Cinta mempunyai kuasa magis yg boleh merubah, membentuk seseorg. Percintaan mengajar insan untuk bertolak ansur, berkongsi, memberi perhatian dan tumpuan, mengurus diri, mengatur hidup…semuanya boleh terjadi hanya kerana cinta..ia jg boleh merubah seseorg kpd sesuatu yg bertentangan sama sekali. Cinta palsu…cinta buta…cinta sementara…boleh membutakn seseorg drpd melihat cinta yg sejati. Tapi bagaimana mahu membezakan dua cinta yg bertentangn ini? Tepuk dada Tanya selera…

Bolehkah insan berhenti bercinta?serik dlm percintaan?memilih untuk mencinta?bolehkah perasaan cinta d kongsi2?terpulang…semuanya mungkin berlaku dalam bercinta. Halangan2 dlam percintaan pasti sukar walupn jika di lihat dari sudut mata pihak luar, ia boleh jd sesuatu yg amat kecil dan keanak2an.. sejauh mana perasaan cinta memaksa insan melawan segala halangan yg melanda, kecil atau besar.. apakah kayu ukuran dalam percintaan? Kesetiaan? Pengorbanan? Kesabaran? Bolehkah semua ini menjanjikan keputusan yg memuaskan? Pengakhiran yg berbaloi setelah segala perasaan, jiwa raga, harta benda, apa saja yg telah di lepaskan semata2 untuk mengejar cinta yg belum pasti kekal. Perasaan boleh mati dan terpadam begitu saja.. insan jg boleh mati dan terbunuh. Mampu kah manusia melawan hukum alam yg di tetapkan tuhan untuk melawan takdir..untuk mengejar cinta? Begitu besar kuasa cinta.. apa2 pn tidak mustahil. Insan boleh menjadi gila krn cinta…

Apakah titik noktah dalam bercinta? Klimaks dan puncaknya di mana? Perkahwinan? Pasti? Sedangkan perceraian berleluasa di mana2 masa kini… masakn perkahwinan adalh kemuncak sgl nya? Kemana kah arah sebuah percintaan? Kenapa perlu memaksa diri untuk bercinta jika hati sendiri tidak pasti apakh itu cinta…trend? sesungguhnya cinta itu sesuatu yg indah jika di hargai dan di nikmati dgn sepenuh jiwa. Mengapa perlu terburu2? Cinta yg paling indah pasti hadir…

Artikel ini ditulis oleh nabieha abu-L-Khair

0 comments:

Post a Comment