TaNyA laH pAda BulAn~


Aku bertanya pada bulan,”Encik Bulan,apa sebenarnya itu cinta?”.Bulan bertanya kembali kepada ku,”mengapakah kamu mahu tahu apa kah cinta?”Aku menjawab,”entahlah En Bulan.Sejak kebelakangan ini, aku selalu melihat ramai orang amat terkesan dengan cinta. Ada orang yang gembira dengan cinta.Tapi, tidak kurang juga yang merana kerana cinta”, kataku.

Bulan membalas”oh, mengapakah kau bertanya hal ini kepada ku?”..”Hahahahahha,bukan apa En Bulan, aku sering mendengar orang menyebut nama kamu ketika mereka bercinta. Mereka kata yang pasangan mereka umpama Bulan. Sebab itulah aku bertanya pada kau sebab mungkin kau lebih faham apakah itu cinta”,balasku.

BUlan tiba-tiba muram.Aku hairan dengan perubahan ketara bulan. Lalu bulan berkata kepada ku. “Mungkin kerana CInta itu lebih indah khabar dari rupa,seperti aku. Dari jauh, nampak cantik bercahaya. AKan tetapi, pada hakikatnya, aku sebenarnya berkawah dan berdebu.”

A k U p U n y A C e r I T a ~

PPSMI~demmmmm~

INFO: Kelemahan PPSMI(sumber drpd surat khabar berita harian,9/7/09)
HA!NI YG KERAJAAN DPT TENTANG KELEMAHAN2 PADA PPSMI YANG AKU ANGGAP LAME!VERY2 LAME!

KELEMAHAN 1:Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.
AKU MENJAWAB:DA TAU MCM TU, CARI LA JALAN SUPAYA PENGGUNAAN B.I DIGUNAKAN SECARA MAKSIMUM!MESTI LA DALAM KAJIAN YANG DIJALANKAN, MEREKA TAU APA PUNCA SEBENAR PENGGUNAAN B.I DALAM MATEMATIK DAN SAINS HANYA SEKITAR 53-58 PERATUS. INI YANG DINAMAKAN, KAJIAN DIJALANKAN ADALAH UNTUK MENCARI KELEMAHAN TETAPI BUKAN UNTUK PENAMBAH BAIKAN, TETAPI UNTUK MENCARI PUNCA DAN SEBAB UNTUK DIJADIKAN KAMBING HITAM!PIF~

KELEMAHAN 2:Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.
AKU MENJAWAB:MASALAH UTAMA PPSMI GAGAL BUKANNYA DASAR, TETAPI GURU!TAPI AKU TAK SALAHKAN LA GURU SERATUS PERATUS. KERAJAAN, DAH TAU GURU GAGAL ,MENCAPAI TAHAP PROFISIENSI YANG DIKEHENDAKI, BAGI LA KURSUS LAGI BANYAK UNTUK MEREKA MENINGKATKAN TAHAP PROFESIENSI MEREKA. INI TIDAK, BILA ADA MASALAH MACAM NI, DAH,MANSUHKAN TERUS. BALIK SEMULA PADA SISTEM LAMA.CETAK BALIK BUKU TEKS BARU. BERJUTA2 RM TU!!BUKAN KAH BAGUS LETAK LEBEH RENCAH DALAM DASAR PPSMI. PERUNTUKAN TU DIGUNAKAN UNTUK MANTAPKAN LAGI GURU2. KAN SENANG. ALIH2 P MANSUHKAN PULAK DASAR PPSMI. MURID2 PUN JADI PENING.

KELEMAHAN3:Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.

KELEMAHAN 4:Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

KELEMAHAN 5:Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.

AKU MENJAWAB:PERGHHHHHH!!HANGIN LA AKU!3 PERKARA NI PALING AKU HANGIN!SEPANJANG TAHUN2 LEPAS, ADA KAH KITA PERNAH DENGAR YANG KERAJAAN UMUMKAN SELEPAS KEPUTUSAN UPSR,PMR,DAN SPM YG RESULT MURID2 MENURUN DALAM SUBJEK2 NIH?X DE KAN?X PERNAH DENGAR KAN?!!KAN?KAN?LAGI MENINGKAT ADA LAH SEPERTI MANA YANG KEMENTERIAN LAPORKAN.ALIH2 NI DIA CKP KEPUTUSAN MENURUN..ADOI LA...MARAH LA AKU!!MARAH!!LAST2 DIA CKP PEMANSUHAN PPSMI UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU..PIF~X RELEVAN!..TAN SRI MUHYIDDIN!ADOI LA...JANGAN LA BUAT MACAM NI...HUUUUUUU~

Siapa mahu DUIT???????


kE FiNal pencaRiaN GadIs daN TerUna SelaNgoR Fm~

Hulla!..setelah sebulan menjalani tugasan2 yg diberikan, akhirnya, 4hb julai yg lepas, seramai 5 semi finalist lelaki dan 5 semi finalist perempuan telah di pilih untuk meneruskan cabaran ke peringkat akhir. Peringkat akhir akan diadakan di Jaya Jusco Bukit Tinggi,Klang.
AlhamdulLillah, aku berjaya layaK ke finAl~

Lega memang lega.Tapi, akhirnya aku dapat rasakan apakah yg selalu di rasai oleh peserta2 rancangan realiti lain apabila melihat rakan2 tersingkir dari pertandingan. Antara survival diri dan persahabatan, persaan bercampur baur. Dah nama pun pertandingan kan, sedikit sebanyak, adalah sedikit harapan diletakkan untuk menang. Namun, sebenarnya, pertandingan sebegini lah yang dapat menguji sejauh mana ikhlasnya kita menilai erti persahabatan dan aku sangat2 bersyukur kerana aku berpeluang untuk belajar sesuatu daripadanya.
Untuk rekod, sudah banyak perkara yang aku lalui dalam hidup. Hitam,putih,kuning....warna hidup aku sebenarnya adalah seperti pelangi..sangat warna warni.Ada yang gembira,ada yang sedih..dan sampai kadang2 aku tak pasti apa sebenarnya yang aku rasa~
Macam selalu yang aku cakap, hidup macam pelangi yang muncul selepas hujan. Ada banyak warna. Bagi yang menganggap hujan itu rahmat, nescaya pelangi itu indah. Tapi, bagi yang menganggap hujan itu malapetaka, pelangi itu tiada makna.

Mencari erti hidup sebenarnya ada disebalik warna pelangi. Bila di campurkan semua warna pelangi (mengikut ratio yg tepat) nescaya akan terpancar warna putih. Sesungguh nya, ketenangan dan kebahagian,sesuci warnanya putih adalah matlamat kita semua..

Kepada kawan2 yang tersingkir, adalah sangat hebat bertemu dengan anda semua. Hope, hari2 kita semua yang bakal menjlang akan menjadi lebih hebat dan menarik........

izwanmalik~

izwan malik bersama sheila abdul~

izwan malik dan ain johdi~

a K u p U n y A c E r i t a ~


Lirik Pergi - Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi..
pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

PeLanCong AsiNg bertAndaNg ke MuaR~

Kepulangan aku ke Kampung pada hari Rabu yg lepas adalah bersama dengan seorang rakanku..seorang pelancong asing dari Timur Tengah(namun ku tak ketahui dari kawasan mana dia berasal sebenarnya di timur tengah itu kerana tak berapa memahami bahasa Arab yang dituturkannya, Kami lebih banyak berbual dalam bahasa isyarat)

Namanya (yang aku faham menerusi bahasa isyarat yang dipertontonkan pada ku) ialah:
Al-Sheikh Aizu Abu-L-Din~

Al-Sheikh Aizu Abu-L-Din di hadapan pasaraya Astaka

Al-Sheikh Aizu Abu-L-Din bergambar dengan kereta drivernya~
Al-Sheikh Aizu Abu-L-Din punya cerita~

JaLan-JalAn cAri MaKan~

Yuhuu~
Hari tuh,lepas teman mak aku beli barang2 untuk program hari rabu, kitorang singgah ngeteh kat Parit Sakai...Makan mee banding.Yeah!!!

Kalau sesiapa datang Muar, then buntu mencari tempat makan yang best, berikut ialah senarai tempat makan cadangan aku:

Mee bandung: Kedai Manisah,Parit Bulat.
Mee Goreng: Kedai makan sebelah sekolah kat Parit Pecah.
Asam Pedas: Kedai asam pedas kat Jalan Joned.

Namun, tempat makan yang terbaik adalah dirumah aku.Gerenti sedap dan percuma*!yeah!hahahaha

*tertakluk pada terma dan syarat..hehehehe~


Bersama bonda~heeeeee


pelancong yang turut bersama kami. Beliau berasal dari timur tengah sedang mencuba mee goreng..

Adikku yang perasan artis dan tidak mahu gambarnya dirakamkan oleh paparazzi, kerana takut terkantoi dengan para peminatnya kerana hanya makan soto digerai~


MEE BANDONG!nyum....nyum....

MEE BANDONG(pandangan sudut tepi)~


A K u P u n Y A C e r i T a ~

peGawai DaeRah MuaR TuRun Padang BersAma Rakyat KampUng..

Holla!!!Holla!!!
Hari Selasa yang lepas aku telah pulang ke kampung atas arahan ayahanda ku!hehehehe...Hari rabu(1 Julai 2009) akan diadakan suatu program iaitu Program Pegawai Daerah bersama orang kampung...

Program dimulakan seawal jam 7.30 pg dimana pegawai daerah Muar, iaitu Tuan Hj Mislan Karmani, bersama rombongannya yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di dalam Pejabat Pegawai Daerah menari Poco-Poco dan bermain futsal di Kampung Parit Bulat (kampung sebelah kampung aku).Kemudian, mereka semua telah berbasikal ke kampung aku iaitu Kampung Seri Menanti Darat 7. Sebelum singgah ke halaman rumah Ketua Kampung untuk acara sukaneka, rombongan Pegawai Daerah telah melawat pertanian timun secara Fategrasi yang juga berada di kampungku yang telah diusahakan oleh Cik Mamet(tanpa mengetahui nama penuhnya)...

Selesai melawat tanaman timun, rombongan singgah ke halaman rumah ketua kampung untuk bersarapan pagi, dan kemudian terus bersukaneka.
Ada 4 acara yg menarik telah dipertandingkan iaitu mengupas kulit kelapa, meraut lidi, menganyam ketupat dan merentas titian batang kelapa.

Tahniah kepada Pegawai Daerah Muar, Rombongan beliau serta orang kampung kerana acara tersebut cukup meriah dan meriangkan!
Selepas bersukaneka, ahli rombongan bergerak pula menyaksikan demo memasak mee bandung di Rumah Cik Rabu(turut berada didalam kawasan kampung ku) sebelum mereka bergerak melihat projek ternakan ikan keli Afrika di Kampung Afrika~
Ketua kampung Seri Menanti menerima cenderahati daripada Tn Hj. Mislam Karmani, Pegawai Daerah Muar.

Pengacara majlis sedang berlari setempat

Acara melintas titi batang kelapa oleh seorang peserta wanita

En. Nazrun, Penolong Pegawai Daerah melintas titi batang kelapa~

Tn Hj Mislan dengan bangganya berdiri di tengah titi batang kelapa..heheheh~

Ketua-ketua Jabatan meraut lidi..ha,selalu pegang komputer ja, hari ni raut lidi la plak!

Acara istimewa, pertandingan makan buah Binjo~

Pertandingan menganyam ketupat

Menganyam ketupat~

Acara meraut lidi~

Acara meraut lidi~

Para tetamu~


Para tetamu bersarapan, menu istimewa, mee goreng dan mee hoon goreng~

Mengupas kelapa meggunakan pengupas kelapa tradisional yang dinamakan bihak!(diambil sempena nama penciptanya yang berasal dari Klang selangor)

Tn. Hj. Mislan Karmani, Pegwai daerah Muar.

A k U P u n Y a C e R I t a ~