TaNyA laH pAda BulAn~


Aku bertanya pada bulan,”Encik Bulan,apa sebenarnya itu cinta?”.Bulan bertanya kembali kepada ku,”mengapakah kamu mahu tahu apa kah cinta?”Aku menjawab,”entahlah En Bulan.Sejak kebelakangan ini, aku selalu melihat ramai orang amat terkesan dengan cinta. Ada orang yang gembira dengan cinta.Tapi, tidak kurang juga yang merana kerana cinta”, kataku.

Bulan membalas”oh, mengapakah kau bertanya hal ini kepada ku?”..”Hahahahahha,bukan apa En Bulan, aku sering mendengar orang menyebut nama kamu ketika mereka bercinta. Mereka kata yang pasangan mereka umpama Bulan. Sebab itulah aku bertanya pada kau sebab mungkin kau lebih faham apakah itu cinta”,balasku.

BUlan tiba-tiba muram.Aku hairan dengan perubahan ketara bulan. Lalu bulan berkata kepada ku. “Mungkin kerana CInta itu lebih indah khabar dari rupa,seperti aku. Dari jauh, nampak cantik bercahaya. AKan tetapi, pada hakikatnya, aku sebenarnya berkawah dan berdebu.”

A k U p U n y A C e r I T a ~

2 comments:

izu July 10, 2009 at 11:59 AM  

cinta itu anugerah.....herm,,,,,,,

Encik Puaka August 11, 2009 at 4:05 PM  

cintakasiguapenat. tapi tanpacintagualetih. cemane?

Post a Comment