kE FiNal pencaRiaN GadIs daN TerUna SelaNgoR Fm~

Hulla!..setelah sebulan menjalani tugasan2 yg diberikan, akhirnya, 4hb julai yg lepas, seramai 5 semi finalist lelaki dan 5 semi finalist perempuan telah di pilih untuk meneruskan cabaran ke peringkat akhir. Peringkat akhir akan diadakan di Jaya Jusco Bukit Tinggi,Klang.
AlhamdulLillah, aku berjaya layaK ke finAl~

Lega memang lega.Tapi, akhirnya aku dapat rasakan apakah yg selalu di rasai oleh peserta2 rancangan realiti lain apabila melihat rakan2 tersingkir dari pertandingan. Antara survival diri dan persahabatan, persaan bercampur baur. Dah nama pun pertandingan kan, sedikit sebanyak, adalah sedikit harapan diletakkan untuk menang. Namun, sebenarnya, pertandingan sebegini lah yang dapat menguji sejauh mana ikhlasnya kita menilai erti persahabatan dan aku sangat2 bersyukur kerana aku berpeluang untuk belajar sesuatu daripadanya.
Untuk rekod, sudah banyak perkara yang aku lalui dalam hidup. Hitam,putih,kuning....warna hidup aku sebenarnya adalah seperti pelangi..sangat warna warni.Ada yang gembira,ada yang sedih..dan sampai kadang2 aku tak pasti apa sebenarnya yang aku rasa~
Macam selalu yang aku cakap, hidup macam pelangi yang muncul selepas hujan. Ada banyak warna. Bagi yang menganggap hujan itu rahmat, nescaya pelangi itu indah. Tapi, bagi yang menganggap hujan itu malapetaka, pelangi itu tiada makna.

Mencari erti hidup sebenarnya ada disebalik warna pelangi. Bila di campurkan semua warna pelangi (mengikut ratio yg tepat) nescaya akan terpancar warna putih. Sesungguh nya, ketenangan dan kebahagian,sesuci warnanya putih adalah matlamat kita semua..

Kepada kawan2 yang tersingkir, adalah sangat hebat bertemu dengan anda semua. Hope, hari2 kita semua yang bakal menjlang akan menjadi lebih hebat dan menarik........

izwanmalik~

izwan malik bersama sheila abdul~

izwan malik dan ain johdi~

a K u p U n y A c E r i t a ~


3 comments:

Anonymous July 7, 2009 at 12:02 AM  

knp 3 je gmbr? ala..tahniah beb!

izwanmalik July 7, 2009 at 1:58 AM  

gambo2 masih dalam simpanan jurugambo..da dpt nanti kompem aku post..hehehehe

izu July 7, 2009 at 11:52 AM  

ni dia teruna RTM haha

Post a Comment