peGawai DaeRah MuaR TuRun Padang BersAma Rakyat KampUng..

Holla!!!Holla!!!
Hari Selasa yang lepas aku telah pulang ke kampung atas arahan ayahanda ku!hehehehe...Hari rabu(1 Julai 2009) akan diadakan suatu program iaitu Program Pegawai Daerah bersama orang kampung...

Program dimulakan seawal jam 7.30 pg dimana pegawai daerah Muar, iaitu Tuan Hj Mislan Karmani, bersama rombongannya yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di dalam Pejabat Pegawai Daerah menari Poco-Poco dan bermain futsal di Kampung Parit Bulat (kampung sebelah kampung aku).Kemudian, mereka semua telah berbasikal ke kampung aku iaitu Kampung Seri Menanti Darat 7. Sebelum singgah ke halaman rumah Ketua Kampung untuk acara sukaneka, rombongan Pegawai Daerah telah melawat pertanian timun secara Fategrasi yang juga berada di kampungku yang telah diusahakan oleh Cik Mamet(tanpa mengetahui nama penuhnya)...

Selesai melawat tanaman timun, rombongan singgah ke halaman rumah ketua kampung untuk bersarapan pagi, dan kemudian terus bersukaneka.
Ada 4 acara yg menarik telah dipertandingkan iaitu mengupas kulit kelapa, meraut lidi, menganyam ketupat dan merentas titian batang kelapa.

Tahniah kepada Pegawai Daerah Muar, Rombongan beliau serta orang kampung kerana acara tersebut cukup meriah dan meriangkan!
Selepas bersukaneka, ahli rombongan bergerak pula menyaksikan demo memasak mee bandung di Rumah Cik Rabu(turut berada didalam kawasan kampung ku) sebelum mereka bergerak melihat projek ternakan ikan keli Afrika di Kampung Afrika~
Ketua kampung Seri Menanti menerima cenderahati daripada Tn Hj. Mislam Karmani, Pegawai Daerah Muar.

Pengacara majlis sedang berlari setempat

Acara melintas titi batang kelapa oleh seorang peserta wanita

En. Nazrun, Penolong Pegawai Daerah melintas titi batang kelapa~

Tn Hj Mislan dengan bangganya berdiri di tengah titi batang kelapa..heheheh~

Ketua-ketua Jabatan meraut lidi..ha,selalu pegang komputer ja, hari ni raut lidi la plak!

Acara istimewa, pertandingan makan buah Binjo~

Pertandingan menganyam ketupat

Menganyam ketupat~

Acara meraut lidi~

Acara meraut lidi~

Para tetamu~


Para tetamu bersarapan, menu istimewa, mee goreng dan mee hoon goreng~

Mengupas kelapa meggunakan pengupas kelapa tradisional yang dinamakan bihak!(diambil sempena nama penciptanya yang berasal dari Klang selangor)

Tn. Hj. Mislan Karmani, Pegwai daerah Muar.

A k U P u n Y a C e R I t a ~


0 comments:

Post a Comment